Pages

 
Showing posts with label Career Talk. Show all posts
Showing posts with label Career Talk. Show all posts

Dress to Impress Talk @ GEMS Mersing

We are honoured to be invited to the Megratrend Seminar and Workshops organized by GEMS (Graduate Employability Management Scheme) on 10 March 2012. Our principal trainer, Ms. Mary was there to share with over 100 participants of GEMS about building sharp appearance to convince future employer.

Among the tips she delivered during her session were:


  1. Appearance shows how professional a person is.
  2. A professional look must be clean and crisp.
  3. If you are unsure of what to wear, always choose smart and formal look.
  4. Give extra attention to your grooming - hair, nails, hands, body odour and mouth/teeth.
  5. Firm handshake is important. It shows how confident you are.
Read more...

Seminar Transformasi Imej @ PTPL Ampang

Pihak PTPL Ampang telah menjemput Puan Mary untuk berkongsi tips berkaitan personaliti dan etika bagi menghadapi temuduga pada 1 Februari 2012 yang lalu. Selain pelajar PTPL, seminar ini turut disertai oleh para pensyarah serta beberapa pegawai pengurusan PTPL Ampang.





Read more...

Career Talk @ Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam

Pada 7 Oktober yang lalu, Puan Mary diundang ke PSA sekali lagi bagi berkongsi maklumat berkaitan Networking Skill and Interpersonal Skill. Undangan ini adalah bersempena dengan Karnival Kerjaya yang berlangsung selama 2 hari di sana.






Read more...

Ceramah Kerjaya @ Karnival Kerjaya 2011 UTHM


Setiap tahun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan Karnival Kerjaya yang bertujuan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan persediaan kerjaya, peluang kerjaya dan cabaran kerjaya pada masa kini.



Pada tahun ini, pihak UTHM menjemput Puan Mary bagi mengisi 3 slot ceramah utama sempena Karnival Kerjaya ini. Dua slot pertama diadakan pada 6 April dan Puan Mary diberi tanggungjawab mengupas topik 'Peluang Kerjaya selepas Tamat Pengajian'. Slot pada 7 April pula mengupas topik 'Kemahiran Interpersonal: Kenapa anda perlu memilikinya?'.

Para peserta bukan sahaja daripada UTHM, malah sekolah, institusi serta kolej sekitar Batu Pahat turut hadir menyertai slot ceramah dan juga aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sempena karnival kerjaya ini.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kaunseling Dan Kerjaya UTHM atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi sejuta manfaat kepada semua peserta.
Read more...

Career Talk @ SMK Danau Kota

Pada 4 April yang lalu, kami dijemput untuk kali kedua oleh SMK Danau Kota setelah bersama mereka tahun lalu. Bersama hampir 100 orang peserta tingkatan 5, Puan Mary membawa mereka menerokai dunia kerjaya dengan membincangkan topik 'Persiapan Menghadapi Dunia Kerjaya' yang diadakan sempena Minggu Kerjaya sekolah berkenaan.



Sesi 4 jam ini dipenuhi pelbagai aktiviti dan pendedahan terutamanya berkaitan imej profesional seorang yang bekerjaya dan berjaya dan etika dalam pencarian kerjaya dan temuduga. Paling utama, Puan Mary memperkenalkan kepda para peserta tentang teknik penulisan resume yang betul. Semasa sesi tersebut semua peserta dikehendaki menulis resume masing-masing agar mereka memahami keperluan yang perlu ada dalam sebuah resume yang berkesan.


Terima kasih kepada pihak sekolah di atas penganjuran tahunan program seumpama ini. Semoga usaha murni ini diteruskan di masa yang akan datang.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto daripada sesi ini.
Read more...

Seminar Kerjaya: Kerjaya dalam Bidang Hospitaliti

Untuk kesekian kalinya, kami ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada 9 Mac 2011. Sungguh teruja! Kami diberi penghormatan mengendalikan seminar kerjaya yang bertajuk 'Kerjaya dalam Bidang Hospitaliti' kepada lebih 350 peserta yang merupakan pelajar tahun satu dan dua PSIS. Seminar ini merupakan salah satu pengisian sempena Minggu Bersama dan Kenali Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Bengkel ini bukan sahaja mengupas peluang kerjaya dalam sektor ini, ia juga membekalkan tips bagi melahirkan tenaga yang mahir dan berpesonaliti unggul untuk memenuhi ruang kerjaya dalam industri hospitaliti.

Bengkel yang bermula pada 9.00 pagi ini dimulakan dengan upacara perasmian dan trainer kami, Puan Mary disambut meriah oleh peserta yang memenuhi Dewan Syarahan Utama PSIS pada pagi tersebut.


Seminar yang berlangsung sehingga jam 1.00 petang ini bukan sahaja dipenuhi dengan  pelbagai info yang berguna, malah aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Puan Mary mendapat kerjasama penuh kesemua peserta seminar tersebut. Respon peserta amat baik sekali. Mereka mendapati seminar ini memberi input secara mendalam dan berkesan serta membuka minda peserta berkenaan maksud sebenar bidang hospitaliti yang selama ini menjadi tanda tanya.



Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penganjur dan peserta yang hadir dan memberikan kerjasama dan testimoni padu kepada program ini. Untuk lihat pelbagai gambar lain daripada program ini, sila klik di sini. Sampai jumpa lagi!
Read more...