Pages

 
Showing posts with label Mini Beauty Clinic. Show all posts
Showing posts with label Mini Beauty Clinic. Show all posts

Kuantiti yang Kecil, Impak yang Besar

Mini Beauty Clinic


Program yang santai.
Dua program terbaru yang dikendalikan oleh Training Cube mempunyai kelebihan tersendiri. Bilangan pesertanya kecil tetapi tujuan penganjurannya memberikan impak yang besar. 

Pada 22 April, Encik Radzi dari Putrajaya mengundang kami untuk mengadakan Mini Beauty Clinic di premis perniagaannya. Tujuaannya untuk membekalkan maklumat asas berkenaan Image Management kepada dua orang staf beliau yang mengendalikan D'Ocean Saloon and Spa milik beliau di Bandar Baru Bangi.

Program berjalan dengan lancar. Malah peluang ini diambil untuk mengenali peserta dan peranan mereka di saloon tersebut. It was a very warm and close session. We love it so much!

Train-the Counselors Programme

Mengajar teknik networking.
Pada 26 April pula, kami ke Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, UPM, Serdang mengendalikan program untuk kaunselor yang dipanggil Train-the Counselors Programme. Tujuan program ini adalah untuk membekalkan maklumat berkaitan penampilan profesional, penulisan resume dan cover letter yang tepat, komunikasi dan etika yang diperlukan untuk berjaya dalam temuduga. Maklumat yang diperolehi ini nanti akan disampaikan kepada para pelajar UPM.

Sepanjang pemerhatian kami, ramai pelajar tidak berpeluang mendapat maklumat yang tepat tentang penulisan resume dan cover letter. Masalahnya bukan kerana ia perlu ditulis dalam bahasa Inggeris, tetapi kerana struktur penulisan yang belum dapat dikuasai. Sepanjang pengendalian program CCP kami, ramai peserta mampu menulis apabila mereka sudah memahami struktur penulisannya. Perkara ini juga yang kami tekankan semasa program bersama kaunselor ini.

Kepada pelajar UPM, jika anda punya kekeliruan dalam perkara berkaitan penampilan profesional, penulisan resume dan cover letter yang tepat, komunikasi dan etika yang diperlukan untuk berjaya dalam temuduga, sila terus ke Seksyen Kaunseling dan Kerjaya!
Read more...

Mini Beauty Clinic @ UPM


Hari ini, saya bangun awal dan rasa begitu bersemangat! Antara pelbagai program yang saya kendalikan, Mini Beauty Clinic (MBC) adalah program yang saya rasa paling unik sekali, keranan misi saya melalui program ini adalah untuk mendidik kesedaran tentang betapa mudahnya untuk kelihatan cantik, menawan dan anggun! Apa yang diperlukan cuma masa, kemahiran dan sedikit latihan.

MBC adalah kelas khas untuk WANITA. Oleh sebab itu, tidak kekok apabila saya berkongsi tips dan ilmu kecantikan kerana saya percaya "semua wanita mahu kelihatan cantik". Di dalam kelas ini juga, saya beri penekanan pada 3 aspek yang asas namun sangat penting:
  1. 10 perkara yang PASTI memusnahkan imej seorang wanita (walau seanggun atau secantik mana pun seorang wanita itu)
  2. Analisis bentuk wajah (supaya mudah untuk dipadankan dengan bentuk tudung, aksesori dan stail rambut)
  3. Teknik tatarias Natural Looking Face (sesi make-up disertakan)
Mari kita tengok gambar daripada program. Enjoy!


Read more...