Pages

 
Showing posts with label Career Coaching Programme. Show all posts
Showing posts with label Career Coaching Programme. Show all posts

Career Coaching Programme @ UIA, Kuantan

Berikutan respon yang amat baik kami terima daripada peserta Career Coaching Programme di UIA Gombak tempoh hari, kami dijemput pula ke UIA Kuantan untuk mengendalikan program yang sama pada 13 Mac 2011.

Seramai lebih 60 peserta hadir dan rata-ratanya adalah peserta tahun akhir yang bakal menempuh alam kerjaya tidak lama lagi. Seperti Career Coaching Programme yang lain, program sehari ini menekankan penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.


Pelbagai aktiviti interaktif juga disertakan di dalam program agar peserta lebih memahami tujuan serta objektif kandungan program yang disampaikan.


Di akhir program, sebuah sesi mock interview ringkas dijalankan bagi merumuskan keseluruhan isi kandungan program kepada kesemua peserta.

 

Terima kasih atas kerjasama dan komen positif kesemua peserta juga pihak penganjur. Selamat maju jaya dalam kerjaya akan datang! Klik di sini untuk lihat pelbagai gambar lain.
Read more...

Career Coaching Programme @ UIA, Gombak

Dengan kerjasama Bahagian Alumni dan Perkhidmatan Kerjaya (Alumni and Career Services Division), Universiti Islam Antarabangsa, program paling popular kami - Career Coaching Programme dianjurkan khusus untuk pelajar tahun akhir daripada pelbagai kuliyyah/fakulti pada 22 Januari 2011 (Sabtu) yang lalu.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.

Program ini menekankan penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga. Beberapa perkara lain yang menarik yang turut dikongsikan bersama peserta ialah teknik yang digunakan oleh majikan untuk memilih calon yang paling sesuai dengan keperluan tugas serta budaya syarikat.

Selesai program, kami menerima banyak komen positif daripada peserta program yang ditinggalkan melalui fanpage Facebook kami. Antaranya (klik imej untuk paparan lebih jelas):



Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak maklumbalas berkenaan program.

Terima kasih atas kerjasama semua. Selamat maju jaya dalam bidang kerjaya dan dalam kehidupan.
Read more...

Seminar Kerjaya 3 hari di Kota Bharu

Kali ini kami ke Politeknik Kota Bharu (PKB)!

Kami dipertanggungjawabkan untuk menjayakan seminar kerjaya yang bertemakan 'Transformasi Diri ke arah Pemantapan Kerjaya' untuk semua pelajar tahun akhir di PKB. Hari pertama, 11 Oktober, dipecahkan kepada dua sesi dan dua sesi lagi masing-masing diadakan pada hari kedua dan ketiga, 12-13 Oktober. 

Sepertimana program sebelum ini, seminar ini memberi penekanan terhadap topik penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga. Turut disertakan pelbagai tips berkaitan teknik menjawab soalan penemuduga dan mock interview pada akhir setiap sesi.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan program yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga segala maklumat dan panduan yang disampaikan akan dimanfaatkan sepanjang proses memburu kerjaya kelak. Selamat maju jaya kepada semua peserta!

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.




Read more...

Career Coaching Programme @ SM Sains Kuala Terengganu (SESTER)

Kami diundang mengendalikan Career Coaching Programme (CCP) pada 3 Oktober 2010 di SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) dan turut dihadiri oleh beberapa sekolah lain yang berdekatan seperti SBPI Batu Rakit, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dan SMK Lembah Bidong. Seperti CCP yang lain juga, topik yang dibentangkan dalam sesi kali ini menyentuh aspek penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga. 

Selesai program di Melaka, kami berangkat terus ke Kuala Terengganu. Rasa penat sepanjang perjalanan terubat melihat kehadiran yang amat memberangsangkan daripada para peserta pada pagi berkenaan. Semua peserta amat sporting malah sesi mock interview di akhir program dipenuhi gelak ketawa dengan telatah peserta yang terpilih untuk melakonkan watak tertentu. Dalam keadaan yang begitu menyeronokkan itu semua peserta mempelajari banyak informasi baru yang bakal dipraktikkan dalam temuduga di masa depan.

Terima kasih adik-adik semua! Sampai jumpa lagi.

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.




Read more...

Career Coaching Programme @ SM Sains TM Faris Petra

Alhamdulillah, sekali lagi kami diundang mengendalikan Career Coaching Programme (CCP) pada 22 September 2010. Kali ini bertempat di SM Sains TM Faris Petra dan turut dihadiri oleh SM Sains Machang dan SM Sains Pasir Puteh. Seperti CCP yang lain, topik yang dibentangkan dalam sesi kali ini menyentuh aspek penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.

Terima kasih kepada tuan pengetua di atas kesudian memberikan ucapan pembukaan dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada kesemua kaunselor ketiga-tiga sekolah yang terlibat menjayakan program berkenaan.

Kesemua peserta yang memenuhi dewan cukup sporting dan proaktif sepanjang program. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua peserta. Semoga kita berjumpa lagi!

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.

Read more...

Program bersama peserta INSEP, UTHM

Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP) ialah program khas tajaan penuh kerajaan kepada pelajar lepasan diploma dan ijazah. Tujuan utama program ini adalah untuk menambahkan kemahiran peserta yang terlibat agar kebolehpasaran mereka juga dapat dipertingkatkan. 

Sebagai persediaan agar peserta program ini dapat melangkah ke temuduga dengan lebih yakin, Training Cube diundang oleh Continuing Education Centre (CEC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melatih kesemua peserta program INSEP ini dalam kursus khusus yang menumpukan kepada Resume Writing dan Interviewing Skills.

Program ini diadakan pada 4 September 2010, Sabtu, pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Di akhir program, sebuah sesi mock interview diadakan bagi menambahkan lagi kefahaman peserta dan memberikan mereka gambaran temuduga sebenar.

Kepada semua peserta program, gunakanlah segala ilmu yang dikongsikan dengan sebaik mungkin. Semoga anda ditemukan dengan kerjaya yang hebat dan masa depan yang cerah!





Sila ke galeri untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.

Read more...

Career Coaching Programme @ MRSM Kuala Krai

Kami amat bersyukur kerana sekali lagi kami berupaya mengendalikan Career Coaching Programme (CCP). Kali ini, kami menerima undangan daripada MRSM Kuala Krai dan kami berkesempatan bersama mereka pada 7 Ogos, Sabtu yang lalu. Seperti CCP yang lain, topik yang dibentangkan dalam sesi kali ini menyentuh aspek penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.

Para peserta yang hadir amat proaktif dan fokus sepanjang program. Mereka bijak mengambil peluang yang ada untuk bertanyakan soalan kepada trainer kami dan memberikan kerjasama yang penuh sepanjang program berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua peserta dan kaunselor maktab. Semoga kita berjumpa lagi di kesempatan yang akan datang!

Sila ke galeri untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.




Read more...

Career Coaching Programme @ MRSM Pendang (bahagian kedua)

(Sambungan daripada artikel di sini)

Seawal 9 pagi, sesi pada hari kedua di MRSM Pendang bermula. Para peserta hadir dengan imej yang lebih profesional dan nyata mereka mempraktikkan apa yang telah dikongsi kepada mereka pada hari sebelumnya.

Secara rawak, beberapa peserta dipilih dan diajak untuk tampil ke depan dan penilaian ringkas terhadap penampilan mereka dilakukan.



Kemudian, sesi pada hari kedua diteruskan dengan topik penulisan resume. Peserta diberi panduan langkah demi langkah menulis resume yang berkesan. Penekanan diberikan kepada ciri-ciri resume yang mampu menonjolkan kelebihan diri dan bertindak umpama 'iklan' - ringkas, tepat dan berkesan.

Selesai sesi penulisan resume, para peserta didedahkan pula dengan panduan komunikasi dan interaksi semasa temuduga. Setiap peserta diajar cara berkomunikasi yang lebih berkeyakinan dan dibekalkan dengan beberapa teknik interaksi melalui body language yang kerap dipaparkan semasa temuduga. Topik terakhir pula berkaitan dengan etika temuduga. Peserta dimaklumkan tentang etika yang harus ditonjolkan oleh seorang calon temuduga yang mampu meningkatkan peratus kejayaan mereka dalam mana-mana temuduga.


Bagi memastikan peserta dapat memerhati bagaimana kesemua intipati program ini dipraktikkan ke dalam sebuah temuduga, satu sesi latihan temuduga (mock interview) telah dijalankan. Dua peserta terpilih menjadi calon temuduga di dalam sesi ini. Sesi mock interview ini berjalan dengan jayanya dan memperlihatkan kefahaman tinggi para peserta dalam setiap perkara yang telah disampaikan.


Terima kasih MRSM Pendang. Setiap layanan baik, sambutan menggalakkan dan kerjasama penuh yang diberikan menjadi ingatan kami sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Read more...

Career Coaching Programme @ MRSM Pendang (bahagian pertama)

Untuk pertama kalinya kami diundang ke MRSM untuk mengendalikan program tentang persiapan temuduga dan kerjaya popular kami - Career Coaching Programme. Dan buat pertama kalinya juga kami menjejakkan kaki ke Kedah.

Berbeza dengan sesi sebelum ini, program di MRSM Pendang bermula pada 23 Julai pada pukul 3 petang dan tamat pada 5 petang. Keesokannya, 24 Julai, program ini bersambung seawal 9 pagi dan tamat pada 3 petang. Seramai 128 pelajar hadir ke program ini.

Pada hari pertama, kami hanya menyentuh aspek penampilan profesional dan diperincikan sehingga aspek grooming dan dressing. Para peserta ditekankan dengan terperinci berkaitan tips ketrampilan berkesan dan didedahkan dengan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon temuduga yang pertama kali hadir temuduga. Untuk mengakhiri sesi hari pertama tersebut, semua peserta dipesan agar mengaplikasikan ilmu berkaitan penampilan yang telah diajar dan hadir keesokan harinya dengan pakaian untuk ke temuduga.


  
(Bersambung. Saksikan transformasi peserta di bahagian kedua artikel ini.)
Read more...

Career Coaching Programme @ SM Sains Dungun

Selama ni sangat teringin nak menjejakkan kaki ke Terengganu. Akhirnya impian tercapai apabila SM Sains Dungun menjemput kami ke sana untuk mengendalikan Career Coaching Programme. Perjalanan yang jauh pada 9 Mei itu terasa dekat dek kerana perasaan yang terlalu excited! Sesampainya di Dungun, terus kami menuju ke warung terdekat untuk mengisi perut yang sengaja dikosongkan sejak pagi untuk menikmati makanan yang famous di Dungun. Sangat sedap!



Keesokan harinya, pada 10 Mei, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Apabila kami tiba di perkarangan dewan sekolah, sudah kelihatan ramai pelajar menunggu di dalam dewan. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Nampak segak kesemuanya berpakaian formal.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat 100% kerjasama daripada pelajar. Dalam program sehari ini, pelbagai aktiviti, latihan dan demo dijalankan. Klik di sini untuk lihat pelbagai gambar semasa program berlangsung. Program dimulakan dengan aspek imej dan penampilan. Beberapa pelajar terpilih dipanggil ke pentas untuk melalui sesi 'kritikan membina' berkaitan penampilan mereka pada hari itu. Riuh satu dewan dibuatnya!

Di akhir program, satu demo temuduga atau mock interview dijalankan bersama pelajar yang terpilih untuk merumuskan semua yang telah dipelajari dalam program sehari ini. Terima kasih kepada pelajar yang sudi mengambil bahagian.



Kami cukup terharu dengan sambutan adik-adik di SM Sains Dungun. Ramai peserta yang sanggup menunggu di akhir program untuk bertemu sendiri dengan trainer- Kak Mary. Semoga hubungan baik ini diteruskan sampai bila-bila... Tersentuh hati Kak Mary..



Rasa sedih pula bila program berakhir. Sempat kami rakamkan beberapa gambar menarik di sekitar sekolah sebagai kenangan. Sampai jumpa lagi SM Sains Dungun!



Read more...

Career Coaching Programme @ Kolej Tunku Kurshiah



Kami ke Seremban pada 6 Mei dan ini bukanlah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana untuk mengendalikan program bersama pelajar. Tapi ini adalah pengalaman pertama kami ke Kolej Tunku Kurshiah (KTK) untuk mengendalikan Career Coaching Programme.

Bersua dengan kesemua pelajar tingkatan 5 kolej ini merupakan pengalaman yang amat menarik. Kemesraan mudah terjalin di antara trainer dan peserta, malah program berjalan dengan rancak kerana tiada rasa terbatas apabila kesemuanya adalah wanita. The session quickly became a fantastic 'only-ladies' session!

Sesi di KTK ini memberi tumpuan terhadap dua topik iaitu aspek pembinaan imej dan pendedahan tentang gaya komunikasi serta interaksi. Respon daripada peserta program amat memberangsangkan! Kerjasama yang diberikan sepanjang program juga amat positif! We enjoyed every moment during the programme. Klik di sini untuk gambar lain dan klik di sini untuk melihat testimoni.

KTK mengembalikan nostalgia kami ke alam persekolahan. 

Terima kasih kaunselor KTK atas peluang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pelajar. Sampai jumpa lagi!
Read more...

Career Coaching Programme @ SMK Danau Kota

Kali ini, giliran SMK Danau Kota pula menjemput Training Cube mengendalikan Career Coaching Programme pada 14 April yang lalu. Kesemua peserta merupakan pelajar tingkatan 5 yang kini sedang menghitung hari untuk menghadapi SPM. Walaupun berkesempatan bersama sepanjang setengah hari sahaja, banyak perkara asas tentang persiapan menghadapi kerjaya sempat dikongsikan bersama.

Puan Izani, guru kaunselor sekolah ini yang memberikan kata-kata aluan di awal program sangat positif bahawa pendedahan awal tentang persiapan kerjaya akan menjadikan pelajar lebih bersedia dan sekurang-kurangnya tahu aspek apakah yang perlu mereka titikberatkan dalam persiapan menghadapinya.

Terima kasih SMK Danau Kota. Harap dapat bertemu lagi!




Gambar-gambar lain boleh didapati di galeri.
Read more...

Career Coaching Programme @ SBPI Sabak Bernam

Selesai program di SMK Bandar Baru Sg Buloh, perjalanan diteruskan ke Sabak Bernam kerana hari berikutnya program yang sama akan diadakan pula di SBPI Sabak Bernam. Perjalanan ke Sabak Bernam benar-benar mengasyikkan. Penuh dengan suasana kampung dan pekan yang aman damai.

Pada sebelah pagi, sesampainya di SBPI Sabak Bernam, kaunselor - Cikgu Rashid sudah menanti dan mengajak bersarapan pagi. Terima kasih di atas layanan baik Cikgu Rashid, we really feel at home. 


Program berlangsung dengan jayanya. Peserta datang dengan penuh bersemangat! Berpakaian lengkap seperti hendak ke temuduga, memudahkan trainer membuat penilaian dan mereka terus mempelajari apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk dipakai.

Program ini, seperti yang diminta, lebih menekankan aspek grooming dan imej. Topik begini sesuai untuk kegunaan pada pelbagai masa dan tempat. Lebih-lebih lagi para peserta adalah pelajar yang tinggal hampir 'sepenuh masa' di asrama. 

Training Cube juga mengendalikan satu sesi khas di akhir program untuk pelajar perempuan yang berkaitan daily facial care dan simple skin care routine. Adik-adik yang sedang meningkat dewasa ini sangat excited bertanya pelbagai soalan sehinggakan trainer tak menang tangan dibuatnya. Pendedahan ini memberikan maklumat berguna dalam proses pembesaran mereka menjadi seorang wanita, ini diakui sendiri ramai peserta perempuan.

Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan menjadi amalan. Terima kasih SBPI Sabak Bernam, sampai ketemu lagi!

Post-training photo. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar-gambar lain seperti gambar semasa aktiviti, latihan dan demo boleh didapati di galeri.
Read more...

Career Coaching Programme @ SMK Bandar Baru Sg Buloh

Pada 3 April yang lalu, Training Cube dijemput ke SMK Bandar Baru Sg. Buloh untuk mengendalikan Career Coaching Programme bersama pelajar tingkatan 5 dan sebilangan pelajar lepasan SPM sekolah tersebut. Program berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang cukup baik di kalangan peserta. Guru kaunselornya - Cikgu Shariman pun sporting!

Segala maklumat penting berkaitan persiapan sebelum ke temuduga dijelaskan melalui program ini. Rata-rata ramai yang excited apabila trainer berkongsi tentang imej yang tepat dan yang tidak tepat serta etika temuduga. Tinjauan selepas program ke atas sebilangan pelajar lepasan SPM mendapati mereka gembira dengan isi kandungan program yang dapat memberikan panduan yang selama ini dicari-cari.

Kami akan update lebih banyak gambar program ini di galeri gambar. Sebelum itu, cuba lihat gambar berikut dan cuba teka yang mana satu guru kaunselor sekolah ini?

Terima kasih SMK Bandar Baru Sg. Buloh. Harap Training Cube dapat ke sana lagi!
Read more...

Career Coaching Programme - program paling mendapat sambutan!


Read more...

Career Coaching Programme @ UPM

Such a fun day - conducted training to UPM students. More batches to come! Complete story, testimonials and feedback will be posted soon!

Read more...

Sneak Peak: A blast @ SMK Kiaramas


Here are some pictures from the Career Coaching Programme conducted at
SMK Kiaramas on 11 February 2010.
Will update more soon..

Read more...