Pages

 
Showing posts with label Career Preparation Workshop. Show all posts
Showing posts with label Career Preparation Workshop. Show all posts

Seminar Persiapan Kerjaya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


24 Nov 2012 – Tim Career Cube kali ini telah dijemput oleh kaunselor UTHM Johor bagi berkongsi tips kepada 150 mahasiswa/i berkenaan penampilan professional. Penampilan yang tepat secara tidak langsung mampu ‘memikat’ perhatian para penemuduga ketika menghadirkan diri ke sebarang sesi temuduga di masa hadapan.

Namun sebelum seminar bermula, kami telah dijemput terlebih dahulu untuk mengendalikan sesi temuduga (mock interview) bersama-sama dengan panel temuduga yang didatangkan khas dari bahagian pengurusan sumber manusia Sime Darby. Mock Interview ini berlangsung selama setengah jam dan melibatkan 6 pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang. Ini merupakan pengalaman yang baik sebagai titik permulaan pendedahan mahasiswa/I bagi menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar dan konpentitif.

Mengambil dari slogan universiti “dengan hikmah, kita meneroka”, kami dengan ini mengucapkan selamat maju jaya bagi para graduan UTHM Johor. Semoga segala ilmu yang telah dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu kalian di masa hadapan.

Antara kemahiran yang dikongsi kepada peserta program adalah berkaitan dengan tali leher seperti berikut :
  • Pastikan tali leher yang digunakan bersesuaian dengan keseimbangan saiz badan (body proportion). Dengan cara,  luas paling besar tali leher bersamaan dengan luas kolar leher kemeja.
  • Sebaiknya- baiknya hujung tali leher perlu menyentuh kepala tali pinggang si pemakai dalam keadaan berdiri. Adalah tidak benar jika kepanjangan tali leher melepasi tali pinggang menunjukkan status perkahwinan pemakai.








Untuk melihat lebih banyak gambar, lawati FBCareer Cube kami
Read more...

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ Hotel Vistana, KL

Bengkel Persiapan Kerjaya kembali lagi dan kali ini di Hotel Vistana pada 24 April 2012 bersama para peserta daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. Bengkel Persiapan Kerjaya memberi penekanan terhadap 4 aspek utama untuk sukses dalam temuduga kerjaya, iaitu penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.



Read more...

Career Preparation Workshop @ IIUM, Gombak

14 April 2012 (Saturday) - Last week, we were at IIUM Kuantan Campus conducting the same workshop. This week, we were at IIUM Gombak Campus delivering our popular programme - Career Preparation Workshop. Although the crowd was smaller in number, we still had great time learning the best technique in job hunting and practicing the right etiquette to face the interview.

Yes, they are ready to take on the career world!

Read more...

Career Preparation Workshop @ IIUM, Kuantan

7 April 2012 (Saturday) - We were at International Islamic University Malaysia, Kuantan campus, again! This is our third time here and yes, we came to conduct our popular programme - Career Preparation Workshop. We had more than 120 participants and all were enthusiastic to learn how to hunt for job professionally and earn it almost effortlessly.

Thanks to all participants who have been participative and energetic throughout the workshop.







Read more...

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ UNISZA, Kuala Terengganu

Program popular kami kembali lagi dan kali ini tim Training Cube beraksi di UNISZA selama 2 hari pada 9-10 Disember 2011. Seperti program sebelum ini, Bengkel Persiapan Kerjaya memberi penekanan terhadap 4 aspek utama untuk sukses dalam temuduga kerjaya, iaitu penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.

Terima kasih kepada warga pelaksana program dan 300 peserta yang hadir penuh. Semoga perkongsian sebegini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang.




Read more...

Career Preparation Workshop @ IIUM, Kuantan

This was our second time to be given the opportunity to conduct Career Preparation Workshop at International Islamic University Malaysia, Kuantan campus. This programme was held on 23 November, focused on three main aspects for a graduate to become a professional job hunter, which are:
  1. Self presentation - grooming, dressing and total appearance as a highly employable graduate.
  2. Resume writing - the format, the layout and the content of an attractive resume.
  3. Interview etiquette - behaviour employers expect to see during an interview and how to answer interview questions.


Read more...

Program Ketrampilan Graduan: Persiapan ke arah Kerjaya (kerjasama dengan MARA)

Telah berlangsung program intensif 2 hari 1 malam bersama lebih 200 orang pelajar MARA bertempat di Sri Gading, Batu Pahat, Johor pada 3-4 Oktober lalu. Program bertajuk 'Program Ketrampilan Graduan: Persiapan ke arah Kerjaya' ini adalah anjuran pihak MARA dan Training Cube dilantik sebagai trainer dan pelatih profesional program ini.

Program Ketrampilan Graduan ini mendapat respon yang amat baik kerana mengandungi fakta dan isi kandungan yang dikemaskini dengan maklumat terbaru dan mengikuti keperluan industri pekerjaan yang sebenar. Para peserta didedahkan dengan segala keperluan dan persiapan yang harus mereka sediakan sebelum menghadapi temuduga kerjaya sebaik sahaja tamat pengajian nanti.

Antara topik menarik lain yang turut dikongsikan ialah:
  • Cara penemuduga menilai calon temuduga.
  • Cara resume dibaca dan dinilai oleh pihak syarikat.
  • Bagaimana tangga gaji ditawarkan mengikut pasaran pekerjaan semasa.

Kali ini, lima institut pengajian tinggi di bawah pengurusan MARA terlibat dengan program ini. Lima IPT tersebut adalah :
  • Kolej  Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar
  • Institut Kemahiran MARA (IKM Johor Bahru)                            
  • Kolej kemahiran Tingi MARA (KKTM) Sri Gading 
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat
  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor







Read more...

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam

Pada 20 sehingga 23 September 2011, Puan Mary dan tim telah dilantik untuk mengendalikan Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop - CPW) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. PSA merupakan salah satu daripada 3 buah politeknik berstatus premier di malaysia. 

Bengkel ini dihadiri seramai 1500 orang pelajar. Para peserta telah dipecahkan mengikut hari yang berbeza berdasarkan jabatan masing-masing. 

Uniknya, bengkel ini juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar khas (pelajar kelainan upaya yang cacat pendengaran dan bisu). Mereka ditemani oleh guru pengiring yang menjadi perantara dan penterjemah sepanjang program berlangsung. 

Bengkel Persiapan Kerjaya ini meliputi segala aspek persediaan ke arah kerjaya khususnya bagi pelajar semester akhir. Ini meliputi penulisan resume yang berkesan, penampilan imej dan grooming, etika temuduga, teknik komunikasi yang memikat penemuduga dan cara-cara menjawab soalan temuduga yang efektif. 






Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.
Read more...

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang

Kali ini kami telah diundang bagi menjayakan Bengkel Persiapan Kerjaya di Politeknik Seberang Perai pada 6 sehingga 15 september 2011. Jumlah peserta adalah seramai 1700 orang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir. Program ini juga telah dihadiri oleh pelajar dari Politeknik Balik Pulau seramai 120 orang. 

Bengkel Persiapan Kerjaya ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus berkaitan penampilan yang profesional, penulisan resume yang efektif, teknik menjawab soalan temuduga, prosedur temuduga dan teknik komunikasi yang berkesan.







Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.
Read more...

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ PSIS, Sabak Bernam

Pada 25 sehingga 28 Julai yang lalu, bersempena dengan Program Kebolehpasaran Graduan 2011, kami dijemput untuk mengendalikan bengkel bagi menyiapkan pelajar tahun akhir ke alam kerjaya dan berkongsi teknik menghadapi temuduga. Seramai lebih 600 pelajar semester akhir yang terdiri daripada 5 jabatan yang berbeza hadir pada bengkel ini.

Bengkel yang diberi nama Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) ini dijalankan selama 4 hari dan memfokuskan kepada:
  • Pembinaan penampilan profesional untuk temuduga
  • Penulisan resume dan surat iringan (cover letter) berkesan
  • Prosedur temuduga dan mengenali corak soalan temuduga
  • Gaya komunikasi dan etika yang perlu dipaparkan semasa temuduga

IMEJ PROFESIONAL. Puan Mary memulakan sesi dengan menerangkan impak imej individu terhadap peluang mendapat tawaran kerja.
TAJAMKAN KEMAHIRAN. Pada setiap sesi, panduan menulis resume dengan berkesan diajar kepada peserta.


HILANGKAN RASA KEKOK. Sesi mock interview.


KHUSYUK. Pendedahan tentang teknik menjawab soalan temuduga sedang diberikan kepada peserta.
Read more...

Professional Grooming and Job Hunting Skills @ PTSS & POLIMAS

Bersempena dengan Karnival Kerjaya Politeknik 2010 pada 18-19 Oktober 2010, kami dijemput mengendalikan 4 slot ceramah yang meliputi aspek Professional Grooming and Job Hunting Skills. Audiens adalah terdiri daripada para pelajar daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS).

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.






Read more...