Pages

 
Showing posts with label Bengkel Penampilan. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Penampilan. Show all posts

Personal Development and Grooming Workshop @ UPM, Serdang

Gaya yang profesional adalah gaya yang terancang. Itulah mesej yang disampaikan dalam Personal Development and Grooming Workshop yang diadakan di UPM Serdang pada 29 April yang lalu. Antara topik yang diberi tumpuan adalah:


  • 4 gaya personaliti yang mempengaruhi penampilan
  • Item yang diperlukan untuk kelihatan bergaya dan profesional
  • 5 etika dalam hubungan profesional
  • Teknik meningkatkan kemahiran mendengar


Read more...

Personal Development and Grooming Workshop @ Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah

Puan Mary dan tim ke utara sekali lagi pada 16 dan 17 Oktober di atas undangan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Beliau diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Personal Development and Grooming Workshop untuk 1095 orang pelajar.











Read more...

Bengkel Penampilan, Kecantikan dan Terapi Diri

Pada 27 Mac yang lalu, Puan Mary dijemput mengendalikan slot bertajuk 'Asas Imej Wanita Anggun' dalam Bengkel Penampilan, Kecantikan dan Terapi Diri anjuran GetGorgeous bertempat di Pusat Rawatan Terapi Diri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Slot yang berlangsung selama hampir 2 jam ini merupakan slot pembuka bagi bengkel berkenaan.




Sepanjang slot tersebut, Puan Mary menekankan dua topik utama bersama hampir 20 peserta bengkel:
  • 10 kesilapan asas pada penampilan wanita
  • Mengenal personaliti diri dan keserasian pada penampilan
Beliau juga berkongsi tips untuk kelihatan lebih kurus dengan memakai pakaian dengan corak dan padanan yang betul.



Menariknya, ramai yang terkejut apabila selesai slot beliau kerana asyik memberi perhatian kepada pengisian menarik dan gaya penyampaian santai daripada Puan Mary. Respon para peserta adalah amat memberangsangkan!



Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini. Semoga pengisian seperti ini dapat diadakan lagi di masa yang akan datang.

Kredit kepada pemilik GetGorgeous -Azlia Idha dan Allia Idha, serta penasihat GetGorgeous Nooraizan Zie.
Read more...

Mini Beauty Clinic @ UPM


Hari ini, saya bangun awal dan rasa begitu bersemangat! Antara pelbagai program yang saya kendalikan, Mini Beauty Clinic (MBC) adalah program yang saya rasa paling unik sekali, keranan misi saya melalui program ini adalah untuk mendidik kesedaran tentang betapa mudahnya untuk kelihatan cantik, menawan dan anggun! Apa yang diperlukan cuma masa, kemahiran dan sedikit latihan.

MBC adalah kelas khas untuk WANITA. Oleh sebab itu, tidak kekok apabila saya berkongsi tips dan ilmu kecantikan kerana saya percaya "semua wanita mahu kelihatan cantik". Di dalam kelas ini juga, saya beri penekanan pada 3 aspek yang asas namun sangat penting:
  1. 10 perkara yang PASTI memusnahkan imej seorang wanita (walau seanggun atau secantik mana pun seorang wanita itu)
  2. Analisis bentuk wajah (supaya mudah untuk dipadankan dengan bentuk tudung, aksesori dan stail rambut)
  3. Teknik tatarias Natural Looking Face (sesi make-up disertakan)
Mari kita tengok gambar daripada program. Enjoy!


Read more...