Pages

 

Ceramah Kerjaya @ Karnival Kerjaya 2011 UTHM


Setiap tahun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan Karnival Kerjaya yang bertujuan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan persediaan kerjaya, peluang kerjaya dan cabaran kerjaya pada masa kini.



Pada tahun ini, pihak UTHM menjemput Puan Mary bagi mengisi 3 slot ceramah utama sempena Karnival Kerjaya ini. Dua slot pertama diadakan pada 6 April dan Puan Mary diberi tanggungjawab mengupas topik 'Peluang Kerjaya selepas Tamat Pengajian'. Slot pada 7 April pula mengupas topik 'Kemahiran Interpersonal: Kenapa anda perlu memilikinya?'.

Para peserta bukan sahaja daripada UTHM, malah sekolah, institusi serta kolej sekitar Batu Pahat turut hadir menyertai slot ceramah dan juga aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sempena karnival kerjaya ini.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kaunseling Dan Kerjaya UTHM atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi sejuta manfaat kepada semua peserta.