Pages

 
Showing posts with label Professional Image Branding. Show all posts
Showing posts with label Professional Image Branding. Show all posts

Professional Image Branding @ Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

Bengkel Professional Image Branding telah diadakan pada 20 dan 27 April di Wisma Pusat Pungutan Zakat Taman Shamelin Perkasa. Bengkel pada 20 April memfokuskan kepada teknik penambahbaikan imej profesional wanita manakala bengkel pada 27 April pula memberi tumpuan kepada teknik penambahbaikan imej profesional lelaki.


Read more...

Professional Image Branding @ Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bengkel Professional Image Branding telah diadakan pada 2 sehingga 3 April kepada 26 orang staf MARA. Menariknya bengkel kali ini dikhususkan hanya kepada wanita untuk memberi tumpuan terhadap penambahbaikan imej dan penampilan wanita profesional.

Sepanjang bengkel Puan Mary berkongsi tips dan teknik yang sungguh praktikal agar dapat diaplikasikan terus oleh kesemua peserta. Antara topik menarik yang diketengahkan oleh Puan Mary adalah:
  • Mengenal bentuk badan dan padanan pakaian profesional
  • Mengenal bentuk muka dan padanan tudung sesuai untuk pelbagai acara korporat
  • Memilih aksesori untuk tampil profesional
  • Mengetahui tona warna yang sesuai untuk diri dalam pelbagai jenis majlis
Sebahagian besar peserta menyatakan betapa perkongsian yang dilakukan oleh Puan Mary begitu terperinci namun amat praktikal, tidak seperti kebanyakan kelas grooming lain yang hanya menekankan teknik kelihatan cantik atau bergaya semata-mata.

Anda juga tidak harus ketinggalan!

Read more...

Professional Image Branding @ INTEKMA Resort & Convention Centre

Bengkel Professional Image Branding telah diadakan pada 28 sehingga 29 Januari kepada warga penggerak INTEKMA Resort and Convention Centre. Bengkel ini mensasarkan untuk meningkatkan imej dan etiket para peserta, juga mewujudkan kesedaran bahawa imej diri yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti diri, malah melambangkan reputasi organisasi.




Read more...

Professional Image Branding for Doctors, Nurses and Medical Officers @ Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pahang

Program terakhir bagi bulan September 2011 telah dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, di bawah Kementerian Kesihatan Negeri Pahang. Program yang berlangsung pada 29 September 2011 ini bertajuk Professional Image Branding for Doctors, Nurses and Medical Officers

Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta wanita yang terdiri daripada doktor, matron, jururawat, pegawai farmasi, pembantu makmal dan pegawai khidmat pelanggan. 

Puan Mary diundang di atas kepakaran beliau dalam aspek imej dan etiket. Sasaran bengkel ini ialah untuk meningkatkan imej dan etiket para peserta, langsung mewujudkan kesedaran bahawa imej diri yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti diri, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Bengkel ini dimulakan dengan diagnos imej di mana setiap peserta terlibat dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan peserta meningkatkan imej dirinya. 

Turut dikongsikan ialah kemahiran berpakaian, pemilihan gaya dan warna, tatarias (make-up) serta etiket profesional yang wajar dipraktikkan oleh staf di bawah Kementerian Kesihatan.









Read more...