Pages

 

Seminar Kerjaya: Kerjaya dalam Bidang Hospitaliti

Untuk kesekian kalinya, kami ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada 9 Mac 2011. Sungguh teruja! Kami diberi penghormatan mengendalikan seminar kerjaya yang bertajuk 'Kerjaya dalam Bidang Hospitaliti' kepada lebih 350 peserta yang merupakan pelajar tahun satu dan dua PSIS. Seminar ini merupakan salah satu pengisian sempena Minggu Bersama dan Kenali Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Bengkel ini bukan sahaja mengupas peluang kerjaya dalam sektor ini, ia juga membekalkan tips bagi melahirkan tenaga yang mahir dan berpesonaliti unggul untuk memenuhi ruang kerjaya dalam industri hospitaliti.

Bengkel yang bermula pada 9.00 pagi ini dimulakan dengan upacara perasmian dan trainer kami, Puan Mary disambut meriah oleh peserta yang memenuhi Dewan Syarahan Utama PSIS pada pagi tersebut.


Seminar yang berlangsung sehingga jam 1.00 petang ini bukan sahaja dipenuhi dengan  pelbagai info yang berguna, malah aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Puan Mary mendapat kerjasama penuh kesemua peserta seminar tersebut. Respon peserta amat baik sekali. Mereka mendapati seminar ini memberi input secara mendalam dan berkesan serta membuka minda peserta berkenaan maksud sebenar bidang hospitaliti yang selama ini menjadi tanda tanya.



Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penganjur dan peserta yang hadir dan memberikan kerjasama dan testimoni padu kepada program ini. Untuk lihat pelbagai gambar lain daripada program ini, sila klik di sini. Sampai jumpa lagi!