Pages

 

Professional Image Branding for Secretaries @ UTM KL Campus

Hakikatnya, seorang setiausaha bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktiviti seorang setiausaha. 

Untuk itu, dengan kerjasama UTM Space, sebuah program khusus untuk setiausaha, eksekutif peribadi, pembantu khas atau PA (Personal Assistant) telah diadakan bagi membantu para peserta untuk mendalami dan menghayati tugas dan peranan seorang setiausaha selain meningkatkan keperibadian serta personaliti sebagai setiausaha yang serba boleh. 

Program yang diberi nama Professional Image Branding for Secretaries ini telah dihadiri oleh 16 orang setiausaha daripada pelbagai organisasi yang berbeza dan berlangsung di UTM Kampus Jalan Semarak pada 5 dan 6 Oktober yang lalu. 

Puan Mary selaku pelatih utama menekankan objektif berikut sepanjang program 2 hari ini: 
  • Menganalisis atribut profesional dan personal yang perlu ditambahbaik 
  • Mengenalpasti kategori, keutamaan/prioriti dan langkah pelaksanaan tugas di tempat kerja 
  • Membentuk teknik berketrampilan dan penampilan secara profesional 
  • Mengasah kemahiran interpersonal dan komunikasi bagi menangani segala cabaran di tempat kerja