Pages

 

Career Talk @ SMK Danau Kota

Pada 4 April yang lalu, kami dijemput untuk kali kedua oleh SMK Danau Kota setelah bersama mereka tahun lalu. Bersama hampir 100 orang peserta tingkatan 5, Puan Mary membawa mereka menerokai dunia kerjaya dengan membincangkan topik 'Persiapan Menghadapi Dunia Kerjaya' yang diadakan sempena Minggu Kerjaya sekolah berkenaan.



Sesi 4 jam ini dipenuhi pelbagai aktiviti dan pendedahan terutamanya berkaitan imej profesional seorang yang bekerjaya dan berjaya dan etika dalam pencarian kerjaya dan temuduga. Paling utama, Puan Mary memperkenalkan kepda para peserta tentang teknik penulisan resume yang betul. Semasa sesi tersebut semua peserta dikehendaki menulis resume masing-masing agar mereka memahami keperluan yang perlu ada dalam sebuah resume yang berkesan.


Terima kasih kepada pihak sekolah di atas penganjuran tahunan program seumpama ini. Semoga usaha murni ini diteruskan di masa yang akan datang.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto daripada sesi ini.