Pages

 
Showing posts with label Imej. Show all posts
Showing posts with label Imej. Show all posts

Kursus Pentauliahan Perunding Imej Profesional (TTT: CPIC)

Mengapa kursus ini dikenali sebagai kursus yang berjaya melahirkan paling ramai perunding imej yang aktif dalam pasaran Malaysia. Video ini menerangkannya. Selamat menonton!

Kursus Pentauliahan Perunding Imej Profesional ~
Train-the-Trainer Certified Professional Image Consultant (TTT - CPIC) anjuran Akademi Perunding Imej Profesional (APIP) Malaysia.

INTENSIF. LENGKAP. TERBUKTI.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.perundingimej.com atau hubungi admin[at]perundingimej.com


Read more...

Train-The-Trainer : Certified Profesional Image Consultant (Previu Khas 17 Mei 2014)


Anda sudah memasang cita-cita untuk menjadi seorang perunding imej profesional?

Anda mahu mengetahui potensi kerjaya ini daripada mereka yang sudah memulakannya?

Anda mahu bertemu dengan perunding imej profesional yang sudah berkecimpung sepenuh masa dalam bidang ini?

Ini peluang anda. Daftar di http://bit.ly/imej2014
Read more...

Temuduga & kasut wanita.


Wanita dan kasut, memang tidak dapat dipisahkan. Hadir ke temuduga (acara formal), dengan bentuk kasut yang betul akan memberi persepsi yang baik. Kasut memberi impak formal/kasual buat pemakai.

Bentuk kasut ABC:
A - formal, untuk bentuk kaki yang kecil dibahagian jari kaki (biasanya bentuk badan kurus),
B - formal, untuk bentuk kaki yang lebar dibahagian jari kaki (kebanyakkan kita),
C - santai (tidak formal), tidak sesuai dibawa ke temuduga dan kerja.

Ketinggian tumit kasut untuk kaegori formal adalah 1-2 inci. 


Tip penampilan ini dikongsikan daripada Puan Mary Anni, Master Trainer di Akademi Perunding Imej Profesional.

Semoga berjaya buat yang bakal ditemuduga dan memulakan alam kerjaya!

Nota: warna kasut, disarankan berwarna hitam (warna korporat).
Read more...

Dari Meja Konsultan: Berbaju kurung ke temuduga – boleh ke?

Salam hormat pembaca sekalian, 

Artikel kali ini saya dedikasikan khas kepada kaum hawa, terutama adik-adik yang bakal menghadiri temuduga pertama. Saya mendapat banyak e-mel dan pertanyaan semasa menjalankan program berkenaan pakaian yang sesuai untuk ke temuduga. Rata-ratanya daripada adik-adik yang baru sahaja tamat pengajian – fresh graduate dan kebanyakan yang bertanya adalah golongan hawa. 

Yang paling menarik, soalan yang paling kerap diajukan kepada saya adalah, “Boleh tak saya pakai baju kurung ke temuduga?” 

50-50, ya dan tidak. 

Saya mempercayai bahawa apa yang kita pilih untuk pakaikan ke badan kita melebihi sekadar sebuah pakaian. Pakaian yang kita pilih mempunyai mesej tersendiri yang cuba kita sampaikan kepada orang lain. Mesej ini jika tidak dipadankan dengan situasi, gerak laku dan gaya pembawaan diri yang sesuai akan menjadi janggal. 

Semasa saya mendalami bidang Professional Image Consulting, saya pernah diberitahu tentang sebuah kata-kata yang berbunyi ‘YOU ARE WHAT YOU WEAR’. 

Jika anda mahu pekerjaan yang profesional, berpakaianlah secara profesional dan paparkan imej serta etika yang profesional. Ini kerana penilaian orang lain terhadap kita semasa temuduga sudah pun bermula hanya dengan memerhati imej kita, tanpa perlu terlebih dahulu berkata-kata. 

Fikirkan jika anda seorang majikan yang bakal menemuduga seorang fresh graduate, imej yang bagaimana pula yang mahu dan tidak mahu anda lihat? Biar saya beri jawapannya. 

Mana-mana majikan sebenarnya sudah mempunyai pandangan tersendiri berkenaan imej yang mahu mereka lihat pada orang yang bakal ditemuduga, apatah lagi terhadap seorang fresh graduate. Paling utama, mereka menjangkakan perkara berikut: 
  • Imej yang profesional, dihormati dan meyakinkan.
  • Bukan imej yang boleh melabelkan anda masih seorang pelajar (walaupun anda baru sahaja habis belajar, penemuduga tetap menjangkakan anda sudah tahu gaya dan tatacara orang yang berkerjaya).
  • Imej yang tidak berlebih-lebihan (warna yang terang, aksesori yang terlampau banyak, wangian yang terlalu kuat, high fashion).

Dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, adakah dengan berbaju kurung ke temuduga boleh menyerlahkan imej yang dimahukan oleh mana-mana majikan? 

Baju kurung sesuai jika baju kurung anda mempunyai ciri-ciri yang saya panggil ciri-ciri korporat. Maksudnya, bukannya baju kurung yang anda pakai sewaktu mahu ke kuliah atau baju kurung yang anda pakai di pagi raya. Ciri-ciri korporat baju kurung adalah: 
  • Warna cerah (pastel color) dan bukan warna terang. 
  • Gabungan warna yang terdapat pada baju kurung dan tudung tidak harus melebihi 3 warna. 
  • Baju kurung polos (tiada corak), dipadankan dengan tudung bercorak ringkas. 
  • Jika anda memilih baju kurung yang bercorak, pastikan coraknya ringkas – bukan bercorak bunga (pattern) yang besar. 
  • Tidak jarang. 
  • Saiz yang sesuai dengan saiz badan anda – tidak terlalu besar atau terlalu sempit. 

Sukar bukan? Oleh sebab itulah, saya sering menekan kepada adik-adik yang bakal menghadiri temuduga pertama (dan seterusnya) untuk memakai pakaian berikut:

  • Baju kemeja lengan panjang, warna polos (plain color).
  • Padankan dengan blazer berwarna gelap, jika boleh. Anda akan kelihatan lebih baik!
  • Tudung dan aksesori yang berpadanan dan ringkas.
  • Seluar panjang (slack) hitam.
  • Kasut hitam bertutup dan bertumit (pump shoes).

Show the best of you during the interview! Jika anda paparkan imej yang biasa-biasa sahaja, penemuduga/bakal majikan anda boleh fikirkan - itu sahajalah yang terbaik mampu anda lakukan untuk menunjukkan komitmen anda. 

Salam maju jaya! 

Dari meja konsultan,
Read more...