Pages

 

Professional Grooming for Fresh Graduates @ INTEKMA Resort, Shah Alam

Atas undangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, kami berpeluang bersama 100 orang peserta dalam Business and Social Etiquette Workshop untuk slot bertajuk 'Professional Grooming for Fresh Graduates' pada 2 April yang lalu.



Bertempat di Dewan Sri Bestari, INTEKMA Resort Shah Alam, konsultan kami - Puan Mary berkongsi tips dan panduan untuk menyerlahkan diri melalui penambahbaikan pakej imej terutama di tempat kerja. Beliau menekankan aspek grooming, konsep pakaian profesional serta etika komunikasi dalam situasi formal dan bukan formal. 



Memandangkan rata-rata peserta bakal menjalani latihan industri, beliau juga menekankan imej seseorang yang bekerjaya dan berjaya amat senang untuk dibezakan dengan orang lain. Lantaran itu, peserta disarankan agar lebih teliti dalam memilih mesej yang mereka mahu sampaikan melalui gaya pemakaian, gaya komunikasi dan tingkah laku mereka.

Program separuh hari ini berjalan lancar. Harapan kami agar kerjasama pengendalian program bersama UiTM akan diteruskan lagi di masa yang akan datang.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.