Pages

 

Bengkel Penampilan, Kecantikan dan Terapi Diri

Pada 27 Mac yang lalu, Puan Mary dijemput mengendalikan slot bertajuk 'Asas Imej Wanita Anggun' dalam Bengkel Penampilan, Kecantikan dan Terapi Diri anjuran GetGorgeous bertempat di Pusat Rawatan Terapi Diri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Slot yang berlangsung selama hampir 2 jam ini merupakan slot pembuka bagi bengkel berkenaan.




Sepanjang slot tersebut, Puan Mary menekankan dua topik utama bersama hampir 20 peserta bengkel:
  • 10 kesilapan asas pada penampilan wanita
  • Mengenal personaliti diri dan keserasian pada penampilan
Beliau juga berkongsi tips untuk kelihatan lebih kurus dengan memakai pakaian dengan corak dan padanan yang betul.



Menariknya, ramai yang terkejut apabila selesai slot beliau kerana asyik memberi perhatian kepada pengisian menarik dan gaya penyampaian santai daripada Puan Mary. Respon para peserta adalah amat memberangsangkan!



Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini. Semoga pengisian seperti ini dapat diadakan lagi di masa yang akan datang.

Kredit kepada pemilik GetGorgeous -Azlia Idha dan Allia Idha, serta penasihat GetGorgeous Nooraizan Zie.