Pages

 

Sesi Coaching: Persediaan menghadapi Temuduga Biasiswa

Bagi membantu menyiapkan calon temuduga dengan lebih intensif dan menjawab segala persoalan berkaitan temuduga yang mungkin tidak berpeluang ditanyakan semasa bengkel, kami turut menyediakan perkhidmatan coaching berkumpulan (tidak lebih daripada 4 orang pada satu-satu masa).

Pada 25 April yang lalu, atas jemputan seorang ibu, Puan Rasheedah, yang amat prihatin terhadap persediaan menghadapi temuduga biasiswa anaknya, kami ke Seremban untuk sesi coaching bersama adik Rasheed yang ditemani sahabatnya, Shafiq.


Secara terperinci, sesi coaching ini mendedahkan:
  • Persiapan asas temuduga biasiswa - kajian maklumat tentang tawaran dan organisasi
  • Mengenal kelebihan diri dan teknik menampakkan diri lebih menyerlah berbanding calon yang lain
  • Pakaian ke temuduga yang boleh meyakinkan dan mempengaruhi penemuduga
  • Susunan sijil dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk temuduga
  • Langkah demi langkah menghadapi temuduga termasuk perkara berkaitan etika dan kemahiran berhubung/berkomunikasi
  • Soalan yang biasa ditanya dan cara menjawabnya dengan berkeyakinan
  • Tips dan panduan berdepan dengan penemuduga
Berminat untuk mendapatkan konsultansi intensif seperti ini? Hubungi kami. Anda pasti berpuas hati dan tampil lebih yakin ke temuduga.