Pada 25 sehingga 28 Julai yang lalu, bersempena dengan Program Kebolehpasaran Graduan 2011, kami dijemput untuk mengendalikan bengkel bagi menyiapkan pelajar tahun akhir ke alam kerjaya dan berkongsi teknik menghadapi temuduga. Seramai lebih 600 pelajar semester akhir yang terdiri daripada 5 jabatan yang berbeza hadir pada bengkel ini.
Bengkel yang diberi nama Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) ini dijalankan selama 4 hari dan memfokuskan kepada:
- Pembinaan penampilan profesional untuk temuduga
- Penulisan resume dan surat iringan (cover letter) berkesan
- Prosedur temuduga dan mengenali corak soalan temuduga
- Gaya komunikasi dan etika yang perlu dipaparkan semasa temuduga
|
IMEJ PROFESIONAL. Puan Mary memulakan sesi dengan menerangkan impak imej individu terhadap peluang mendapat tawaran kerja. |
|
TAJAMKAN KEMAHIRAN. Pada setiap sesi, panduan menulis resume dengan berkesan diajar kepada peserta. |
|
HILANGKAN RASA KEKOK. Sesi mock interview. |
|
KHUSYUK. Pendedahan tentang teknik menjawab soalan temuduga sedang diberikan kepada peserta. |