Pages

 

Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop) @ Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam

Pada 20 sehingga 23 September 2011, Puan Mary dan tim telah dilantik untuk mengendalikan Bengkel Persiapan Kerjaya (Career Preparation Workshop - CPW) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. PSA merupakan salah satu daripada 3 buah politeknik berstatus premier di malaysia. 

Bengkel ini dihadiri seramai 1500 orang pelajar. Para peserta telah dipecahkan mengikut hari yang berbeza berdasarkan jabatan masing-masing. 

Uniknya, bengkel ini juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar khas (pelajar kelainan upaya yang cacat pendengaran dan bisu). Mereka ditemani oleh guru pengiring yang menjadi perantara dan penterjemah sepanjang program berlangsung. 

Bengkel Persiapan Kerjaya ini meliputi segala aspek persediaan ke arah kerjaya khususnya bagi pelajar semester akhir. Ini meliputi penulisan resume yang berkesan, penampilan imej dan grooming, etika temuduga, teknik komunikasi yang memikat penemuduga dan cara-cara menjawab soalan temuduga yang efektif. 






Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.