Pages

 

Seminar Kerjaya 3 hari di Kota Bharu

Kali ini kami ke Politeknik Kota Bharu (PKB)!

Kami dipertanggungjawabkan untuk menjayakan seminar kerjaya yang bertemakan 'Transformasi Diri ke arah Pemantapan Kerjaya' untuk semua pelajar tahun akhir di PKB. Hari pertama, 11 Oktober, dipecahkan kepada dua sesi dan dua sesi lagi masing-masing diadakan pada hari kedua dan ketiga, 12-13 Oktober. 

Sepertimana program sebelum ini, seminar ini memberi penekanan terhadap topik penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga. Turut disertakan pelbagai tips berkaitan teknik menjawab soalan penemuduga dan mock interview pada akhir setiap sesi.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan program yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga segala maklumat dan panduan yang disampaikan akan dimanfaatkan sepanjang proses memburu kerjaya kelak. Selamat maju jaya kepada semua peserta!

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.