Pages

 

Career Coaching Programme @ SM Sains Dungun

Selama ni sangat teringin nak menjejakkan kaki ke Terengganu. Akhirnya impian tercapai apabila SM Sains Dungun menjemput kami ke sana untuk mengendalikan Career Coaching Programme. Perjalanan yang jauh pada 9 Mei itu terasa dekat dek kerana perasaan yang terlalu excited! Sesampainya di Dungun, terus kami menuju ke warung terdekat untuk mengisi perut yang sengaja dikosongkan sejak pagi untuk menikmati makanan yang famous di Dungun. Sangat sedap!



Keesokan harinya, pada 10 Mei, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Apabila kami tiba di perkarangan dewan sekolah, sudah kelihatan ramai pelajar menunggu di dalam dewan. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Nampak segak kesemuanya berpakaian formal.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat 100% kerjasama daripada pelajar. Dalam program sehari ini, pelbagai aktiviti, latihan dan demo dijalankan. Klik di sini untuk lihat pelbagai gambar semasa program berlangsung. Program dimulakan dengan aspek imej dan penampilan. Beberapa pelajar terpilih dipanggil ke pentas untuk melalui sesi 'kritikan membina' berkaitan penampilan mereka pada hari itu. Riuh satu dewan dibuatnya!

Di akhir program, satu demo temuduga atau mock interview dijalankan bersama pelajar yang terpilih untuk merumuskan semua yang telah dipelajari dalam program sehari ini. Terima kasih kepada pelajar yang sudi mengambil bahagian.



Kami cukup terharu dengan sambutan adik-adik di SM Sains Dungun. Ramai peserta yang sanggup menunggu di akhir program untuk bertemu sendiri dengan trainer- Kak Mary. Semoga hubungan baik ini diteruskan sampai bila-bila... Tersentuh hati Kak Mary..



Rasa sedih pula bila program berakhir. Sempat kami rakamkan beberapa gambar menarik di sekitar sekolah sebagai kenangan. Sampai jumpa lagi SM Sains Dungun!