Pages

 

Professional Image Branding for Doctors, Nurses and Medical Officers @ Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pahang

Program terakhir bagi bulan September 2011 telah dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, di bawah Kementerian Kesihatan Negeri Pahang. Program yang berlangsung pada 29 September 2011 ini bertajuk Professional Image Branding for Doctors, Nurses and Medical Officers

Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta wanita yang terdiri daripada doktor, matron, jururawat, pegawai farmasi, pembantu makmal dan pegawai khidmat pelanggan. 

Puan Mary diundang di atas kepakaran beliau dalam aspek imej dan etiket. Sasaran bengkel ini ialah untuk meningkatkan imej dan etiket para peserta, langsung mewujudkan kesedaran bahawa imej diri yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti diri, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Bengkel ini dimulakan dengan diagnos imej di mana setiap peserta terlibat dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan peserta meningkatkan imej dirinya. 

Turut dikongsikan ialah kemahiran berpakaian, pemilihan gaya dan warna, tatarias (make-up) serta etiket profesional yang wajar dipraktikkan oleh staf di bawah Kementerian Kesihatan.