Pages

 

Program Kebolehpasaran Graduan @ Polisas, Kuantan

Kali ini kami menerima undangan mengendalikan Program Kebolehpasaran Graduan daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS) dan kami berkesempatan bersama mereka pada 29 September 2010 yang lalu. Topik yang dibentangkan dalam sesi kali ini menyentuh aspek penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.

Kesemua peserta terdiri daripada pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Awam. Respon yang kami terima amat memberangsangkan dan kesemua peserta memberikan kerjasama penuh dan amat menyukai sesi yang dikendalikan oleh kami, terutamanya mock interview di akhir program.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua peserta dan pihak pengurusan program. Semoga kita berjumpa lagi di kesempatan yang akan datang!

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.