Pages

 

Career Coaching Camp @ Beruang Hill Resort Melaka

Buat kali yang kedua, kami bekerjasama dengan UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) untuk mengendalikan program pada 24-26 September 2010 di Beruang Hill Resort Melaka. 



Kali ini, program yang dipertanggungjawabkan berbentuk kem 3 hari 2 malam yang kami namakan Career Coaching Camp. Tema kem ini ialah 'Jom Kerja' di mana ianya sejajar dengan objektif program untuk menyiapkan peserta ke arah alam kerjaya. 

Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkumpulan, tugasan individu dan pelbagai pengisian yang merangkumi aspek penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi, networking skills, job hunting skills, proses temuduga dan etika semasa temuduga.


 Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.