Pages

 

Image Coaching Programme @ Kolej Tunku Kurshiah


Buat kali yang kedua, kami melangkah dengan girang ke Kolej Tunku Kurshiah. Sebelum ini kami mengendalikan Career Coaching Programme. Kali ini pula kami mengendalikan program yang menekankan aspek pembinaan imej, etiket dan asas tatarias (make-up) yang dinamakan Image Coaching Programme.

Setibanya di kolej, kami dibawa ke lokasi program dan krew kami mula membuat persiapan teknikal dan material. Yang menariknya, kami mengesan 'label' yang telah diletakkan lebih awal oleh peserta sebelum kehadiran kami. Tanda yang menunjukkan sebahagian besar tempat duduk telah di'tempah' awal. Ketika kami tiba, keseluruhan tempat duduk bahagian depan sudah pun penuh dengan label ini!


Wah! Kami amat terharu dengan sambutan daripada peserta program walaupun program belum lagi berlangsung.

Program dua hari ini mengetengahkan 7 modul lengkap direka khas untuk peserta kali ini. Hari pertama memberi tumpuan kepada asas pembentukan imej serta memperkenalkan topik yang agak baru kepada peserta – Style Personality, Wardrobe Analysis dan Face Shape Analysis. Maklumat daripada topik ini seterusnya membuka perbincangan ke arah teknik memilih aksesori, pemilihan bentuk kaca mata, pemakaian tudung dan stail rambut.



Hari kedua pula dipenuhi aktiviti yang memerlukan peserta untuk mengukur tubuh rakan yang menjadi pasangan masing-masing. Ramai yang amat menyukai sesi ini! Ini disebabkan mereka berpeluang untuk memahami bentuk tubuh masing-masing dan memadankan dengan stail dan cara pemakaian yang betul.


Kemudian, mereka diketengahkan pula dengan aspek tatacara pergaulan dan etiket dalam suasana formal dan bukan formal. Topik ini juga diselitkan dengan pelbagai demonstrasi dan latihan praktikal untuk semua peserta.


Dan yang paling dinanti-nantikan adalah topik berkaitan penjagaan wajah dan simple make-up for teenagers. Dimulakan dengan demo oleh konsultan kami dan kemudiannya diikuti oleh sesi praktikal oleh semua peserta. 


Untuk sesi ini, kesemua peserta dibekalkan dengan beauty pack yang kami bawakan untuk mereka. Kami menggunakan produk daripada Elianto untuk sesi ini.



Kesemua peserta kelihatan amat teruja apabila kami mengedarkan beauty pack kepada mereka. Dan dengan penuh bersemangat, mereka mula menata rias rakan masing-masing.


Program berakhir dengan jayanya! Setelah dua hari bersama pelajar TKC, berkongsi ilmu baru dan melakukan pelbagai aktiviti bersama, harapan kami agar ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada semua peserta atas sokongan yang amat positif sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada pihak kolej kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Till we meet again Tunku Kurshiah College...