Pages

 

Bilik Latihan (Training Room) - Cubic



Baik, seperti yang telah diberitahu di dalam post yang lepas, Training Cube International Sdn. Bhd. mempunyai sebuah bilik latihan yang dinamakan sebagai Cubic.


Eksklusif dan mampu sewa, itulah tagline bagi Cubic. Sekiranya anda berminat untuk mencari tempat bagi melaksanakan seminar, program, dan mesyuarat, anda berada di tempat yang betul.

Cubic menawarkan ruang yang selesa dengan suasana yang elegan untuk menjayakan program anda. Dengan kadar mampu sewa iaitu hanya RM290 sehari, peralatan dan kemudahan seperti berikut juga turut disediakan:

Dua Penghawa Dingin


Overhead Prokjektor


Pemandangan bilik latihan

Bukan setakat ini sahaja, kami juga turut menyediakan wifi percuma, whiteboard, flipchart, minuman air panas (kopi dan teh), dan juga gula-gula.

Cubic boleh memuatkan di antara 25 ke 30 orang dengan selesa pada satu-satu masa. Sudah banyak program dan aktiviti  yang telah berjaya dijalankan sepanjang penubuhan Cubic. Mesyuarat, perbincangan, dan program bulanan sentiasa mendapat tempat bagi memenuhi jadual penyewaan Cubic ini.

Bengkel Menulis Proposal Magnetik


Bengkel Pengantin: Seanggun Bidadari




Kedudukan Cubic yang strategik iaitu berada di pinggir bandar Kuala Lumpur menyebabkan lokasinya mudah dikunjungi oleh pengguna. Terdapat beberapa pengangkutan awam yang berdekatan iaitu Bas Rapid KL dan juga LRT Rapid yang berkedudukan hanya 800 meter sahaja dari Cubic.

Bagaimana pula jika anda perlu menginap semalam dua sekiranya program yang berlangsung di Cubic memakan masa lebih daripada sehari? Usah bimbang kerana terdapat beberapa hotel di sekitar Ampang ini yang mengenakan caj berpatutan, antaranya:


Untuk Maklumat Lanjut, SIla Layari http://bilikseminar.trainingcube.com.my


Hotel De Palma Ampang - http://depalmahotel.com/
Hotel The Green, Ampang Waterfront -http://www.thegreenhotel.com.my/
Hotel O'wen, Ampang Hilir - http://www.owenhotel.com.my/
Hotel Puteri Ampang - http://puteriampanghotel.com/
Untuk maklumat lanjut dan temujanji lawatan ke Cubic, boleh terus hubungi kami, 03-4287 3564. Boleh juga terus menghubungi staf Training Cube International, Fazli (013-6891610) atau Asnawi (019-4701610).