Pages

 

Bengkel Persiapan Kerjaya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tim Career Cube telah dijemput ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bagi menjayakan Bengkel Persiapan Kerjaya yang berlangsung selama satu hari pada 7 Oktober 2013. Intipati bengkel ini memberi penekanan terhadap 4 aspek utama untuk berjaya didalam sesi temuduga iaitu penampilan profesional, penulisan resume, teknik berkomunikasi dan etika semasa temuduga. Bakal graduan UPSI ini juga diajar bagaimana langkah dan teknik yang betul sekiranya mempunyai keinginan mendapatkan jawatan kerja di luar bidang pengajian sedia ada.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada bakal-bakal cikgu dari Fakulti Sains Sukan/Kejurulatihan dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang sangat sporting dan memberikan kerjasama baik sepanjang program berlangsung. Tim Career Cube mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang terbilang kelak.







Untuk melihat lebih banyak gambar, lawat laman FB CareerCube kami.