Pages

 

Professional Image Branding for Trainers (program bersama TAMRIN)


Dengan kerjasama Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Training Cube, sebuah program khusus untuk para trainers, jururunding latihan serta motivator telah diadakan pada 28 Februari 2011. Seramai 25 orang trainers daripada pelbagai bidang hadir dan menjayakan program yang dikendalikan oleh Puan Mary ini.

Secara khususnya, program ini mendedahkan teknik dan kemahiran agar mudah bagi mereka yang terlibat dalam industri latihan (training) membentuk imej dan penampilan yang bersesuaian. Imej ini nanti akan menjadi identiti dan jenama diri yang disinonimkan dengan trainer tersebut.

Antara isi kandungan program ialah:

CREATE A LONG LASTING GREAT FIRST IMPRESSION - Jayakan dengan menambah nilai wajah anda (increase your face value) dengan:
  • Smile
  • Look good
  • Great eye contact
  • Firm handshake
  • Speak well

YOUR MESSAGE - Apakah tiga mesej utama (personal characteristics) tentang diri anda yang mahu sampai kepada audien semasa anda beraksi atau mengendalikan program?

YOUR STYLE PERSONALITY - Mengenalpasti style personality sama ada:
  • Natural
  • Classic
  • Romantic, atau
  • Dramatic

YOUR DRESS SENSE - Memadankan style personality dan 4 kategori pakaian anda bagi keadaan:
  • Casual
  • Smart casual
  • Formal, dan
  • Business/in-action attire (I-mean-business)


YOUR COLOUR PSYCHOLOGY - Apakah warna pilihan anda yang mengukuhkan mesej yang anda mahu sampaikan? Pada masa yang sama, berpadanan dengan style personality serta dress sense anda.


YOUR PROFESSIONAL ETIQUETTE - Praktikkan etika profesional yang tepat bagi meningkatkan persepsi pertama yang hebat tentang diri anda
  • Greetings  - formal dan tidak formal
  • The art of handshake - psikologi bersalaman dan tekniknya; cara menolak salam orang lain
  • Eye contact - di mana perlu anda pandang?
  • Personal space - konsep bubble
  • Business card etiquette - beri atau terima dahulu? 
  • Deportment - cara berdiri dan cara duduk yang betul 
Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.