Pages

 

Image Coaching Programme @ Sekolah Teknik Tuanku Jaafar

Kali ini kami diundang ke Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ) untuk mengendalikan Image Coaching Programme dalam versi yang lebih ringkas. Pihak sekolah mahukan sesi ini lebih menekankan imej yang sepatutnya dipaparkan oleh seorang pelajar. Walaupun topiknya agak ringkas, kami diminta untuk menyampaikan secara spesifik dan membuat penilaian terbuka terhadap imej pelajar masa kini.

Pada petang 26 Julai tersebut, dewan dipenuhi dengan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Sesi 2 jam yang diberikan dipenui dengan informasi dan aktiviti. Selesainya sesi ini, sebuah sesi khusus untuk pelajar perempuan pula dikendalikan. Ianya bertujuan menyampaikan beberapa perkara berkaitan imej yang lebih relevan kepada remaja perempuan yang sedang meningkat dewasa. 

Respon yang diterima amat baik sekali. Ramai pelajar perempuan tampil dan bertanya soalan berkaitan ketrampilan dan penjagaan diri yang membuktikan keperluan program sebegini diadakan bagi menyampaikan maklumat yang patut mereka ketahui dengan cara yang lebih profesional.

Terima kasih STTJ.



(Sila ke galeri untuk melihat gambar-gambar yang lain)