Pages

 

Professional Image Branding for Trainers (program kali kedua bersama TAMRIN)

Pada 19 November lalu, Puan Mary diundang oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN) untuk berkongsi teknik penampilan dan keterampilan bagi seseorang yang bergelar trainer profesional. Ini merupakan kali kedua sesi seumpama ini dikendalikan oleh beliau.

Seramai 15 orang trainer daripada pelbagai bidang hadir untuk program Professional Image Branding for Trainers kali ini. Puan Mary menekankan kepada para trainer yang hadir bahawa mereka perlu memilih imej yang mereka mahu diingati oleh peserta program. Imej ini tidak terhad hanya kepada cara berpakaian, malah cara bergaul dan cara bertutur juga dititikberatkan.

Untuk itu, Puan Mary telah memberikan contoh dan menunjukkan gaya profesional seseorang trainer yang laku di pasaran training. Beliau juga menekankan kepentingan menjaga profail media sosial kepunyaan setiap trainer. Ini kerana kerana kredibiliti seorang trainer terletak bukan sahaja pada kualiti training dan penampilan luaran, malah imej di media sosial dan pandangan profesional lain turut diambilkira.